Tuesday, May 13, 2014

Apa itu Churpchurp

Apakah Churpchurp ?

Bagi yang nak tahu apa itu Churpchurp, meh sini saya terangkan. Bagi yang dah tahu boleh pejamkan mata dan buat macam tak nampak entri ni, ni khas untuk yang tak tahu lagi apa itu Churpchurp. Churpchurp ni adalah website yang kita boleh buat side income lah, tetapi dengan cara men-sharekan mesej / iklan diorang di Blog, Facebook, Twitter, or Instagram. Sambil online sambil dapat duit. Lagi satu Churpchup ni beradik dengan Nuffnang tapi tak pasti lah sama ada beradik tiri atau beradik kandung..Kihkihkih

Churpchurp kena bayar ?

Sudah tentulah TIDAK ! Free okeyy, tapi broadband korang wajib bayar lah. Hehe. Korang tak perlu bayar kat Churpchurp tapi Churpchurp yang akan bayar kat korang. Haa bunyi macam best kan? Tapi korang mesti lah rajin share iklan Churpchurp ni. Silap-silap boleh dapat RM1k dalam setahun, setahun yer bukan sehari.

Berapa banyak Churpchurp bayar ?

Okeyy, berapa banyak 'earning' korang bergantung kepada tahap kerajinan korang. Kalu korang rajin banyak lah korang dapat, cuba korang bayangkan setiap satu unik visit (UV) korang akan RMo.2o, kalu sampai 1oo klik, korang kira sendiri yerr. Haa, tak ke bertambah duit poket korang. Tapi syaratnya mesti rajin lah.

Churpchurp ni payah sikit dalam bab Cashout ni, kalu earning korang mencecah RM1oo baru korang boleh Cashout, tapi jangan cashout betul-betul RM1oo lah sebab RM1.oo caj akan dikenakan. Masa sesuai untuk cashout, sebelum hujung bulan. Contohnya korang cashout pada 3oMei dan cashout korang akan diproses pada 3oJun dan pastikan korang sentiasa cek peti surat rumah korang. Dalam seminggu dua sampai lah cek tu dekat korang.

Boleh percaya ke Churpchurp ?

Semestinya boleh. Kalu tak, tak kan saya menaip entri ni. Setakat ni tak pernah lagi saya dengar yang Churpchurp ni menipu. Cuma kalu akaun Churpchurp korang kena banned perkara biasa lah. Kalu korang tak nak akaun korang kena banned, senang jer, korang jangan langgar peraturan Churpchurp. Ada faham ! Hehe.

Pendapatan Churpchurp ni Halal ka ?

Halal ka tak bergantung kepada cara korang share, selagi korang share dengan cara betul dan mematuhi peraturan Churpchurp, selagi tu lah pendapatan korang akan Halal.

Macam mana nak daftar ?

Berminat ? Nak daftar, meh Klik Sini . Tak tahu macam mana nak daftar ? Sini .


 

!!_Melepak Bersama, Menagis Bersama, Ketawa Bersama_!!


Legasi_93 © 2013 | Diselenggara oleh zhaff Jr.
Template Designed by MaiGraphicDesign