Sunday, September 29, 2013

Dalam Diam Aku Mencintai Mu


Mencintai seseorang itu secara diam-diam tanpa pengetahuan tuan empunya diri mungkin satu cara seseorang itu mecintai insan yg dicintai. Adakah salah kita mencintai seseorang dalam diam?

Kita mungkin memerhatikan si dia dari jauh. Sungguh jauh sehingga dia langsung tidak perasan tentang wujudnya cinta dihati ini untuk dia.



Dia juga mungkin kawan kita yang paling rapat. Tetapi entah mengapa hati ini mulai gundah apabila berhadapan dengan si dia. Rasa rindu mulai memuncak apabila tidak bersua muka.

Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit timbul juga rasa cemburu apabila ada insan lain cuba mendekati dirinya, bila insan ketiga itu lebih rapat dengan si dia. Apakah harus kita luahkan segala rasa yang terbuku dihati ini?

Ada orang kata, jika kita menyukai seseorang, jangan beritahu si dia, nanti tuhan kurangkan rasa nikmat cinta kita kepadanya. Lebih baik kita pendamkan saja. Habis itu kita nak luahkan kemana?

Luahkanlah isi hati kita kepada Allah s.w.t. kerana sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui soal jodoh kita dengan siapa. Biarpun jiwa kita bergelora mahukan si dia tahu bahawa kita benar-benar mencintainya dan amat merinduinya.

Bukankah lebih nikmat rasanya jika kita terus tertanya-tanya, adakah dia juga mencintai kita. Rasa rindu untuk melihat wajahnya. Walaupun kita tidak dapat meluahkan rasa rindu dendam dilubuk hati ini, jarang sekali dapat bertentang mata dengannya.

Dan ingatlah bahawa apabila dalam diam kita mencintai si dia. Kita sudah menjaga diri kita. Menjaga maruah kita, menjaga jiwa kita dari terluka.

Disinilah terletaknya keindahan menyintai dalam diam. Kita harus tahu bahawa cinta itu suci dan sememangnya pemberian yang sungguh indah buat manusia.

Ada hikmahnya juga jika kita masih mencintainya dalam diam. Sedarkah bahawa kita sedang menjaga maruah kita dan maruah si dia. 
Harus juga kita ingat bahawa cinta yang lebih besar adalah cinta kepada pencipta kita, Allah s.w.t. dan adakalanya kita sering tertipu dengan apa yang kita rasa. Jadi berhati-hatilah.

Kisah ini pernah terjadi kepada aku, ketika zaman sekolah menegah rendah sampai lh zaman tingkatan 6 dulu. Ada seorang awek yang aku minat secara diam-diam. Tanpa pengetahuan dia, mata aku sering kali mengekori dia setiap kali melihat kelibat dia. Sehingga suatu saat dia menyedari bahawa ada insan yg menanti dia dengan penuh setia selama ini..dan orang nya adalah aku. Itu lh kenangan terindah dalam hidup ini, tetapi masihkah ada orang yang 'mencintai dalam diam' pada zaman ini?


!!_Melepak Bersama, Menagis Bersama, Ketawa Bersama_!!


Friday, September 20, 2013

Taip-taip blog baru

ASSALAMUALAIKUM WBT & SELAMAT SEJAHTERA..

Blog baru bererti semuanya nk baru..hakhak. Sebelum lupa nk ucapkan terima kasih buat Blog Bingkisan Hati sebab sudi mengedit blog nie,nk edit sendiri xpandai plak,pernah try edit tp xjadi. Mungkin belum cukup syarat lg kot. Apa-apa pun sy nk ucapkan selamat datang dan terima kasih buat yg sudi singgah ke blog nie. Buat yg blom singgah,meh lh jenguk2 sat. Apa-apa pun salam perkenalan buat kak2 dan abg2 blog semua..hehee


!!_Melepak Bersama, Menagis Bersama, Ketawa Bersama_!!


Legasi_93 © 2013 | Diselenggara oleh zhaff Jr.
Template Designed by MaiGraphicDesign