Mencintai seseorang itu secara diam-diam tanpa pengetahuan tuan empunya diri mungkin satu cara seseorang itu mecintai insan yg dicintai. Adakah salah kita mencintai seseorang dalam diam?
Dia juga mungkin kawan kita yang paling rapat. Tetapi entah mengapa hati
ini mulai gundah apabila berhadapan dengan si dia. Rasa rindu mulai
memuncak apabila tidak bersua muka.
Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit timbul juga rasa cemburu apabila ada insan lain cuba
mendekati dirinya, bila insan ketiga itu lebih rapat dengan si dia.
Apakah harus kita luahkan segala rasa yang terbuku dihati ini?
Ada orang kata, jika kita menyukai seseorang, jangan beritahu si dia,
nanti tuhan kurangkan rasa nikmat cinta kita kepadanya. Lebih baik kita
pendamkan saja. Habis itu kita nak luahkan kemana?
Luahkanlah isi hati kita kepada Allah s.w.t. kerana sesungguhnya Allah
lebih Maha Mengetahui soal jodoh kita dengan siapa. Biarpun jiwa kita
bergelora mahukan si dia tahu bahawa kita benar-benar mencintainya dan amat
merinduinya.
Bukankah lebih nikmat rasanya jika kita terus tertanya-tanya, adakah dia
juga mencintai kita. Rasa rindu untuk melihat wajahnya. Walaupun kita
tidak dapat meluahkan rasa rindu dendam dilubuk hati ini, jarang sekali
dapat bertentang mata dengannya.
Dan ingatlah bahawa apabila dalam diam kita mencintai si dia. Kita sudah
menjaga diri kita. Menjaga maruah kita, menjaga jiwa kita dari terluka.
Disinilah terletaknya keindahan menyintai dalam diam. Kita harus tahu
bahawa cinta itu suci dan sememangnya pemberian yang sungguh
indah buat manusia.
Ada hikmahnya juga jika kita masih mencintainya dalam diam. Sedarkah bahawa kita sedang menjaga maruah kita dan maruah si dia.
Harus juga kita ingat bahawa cinta yang lebih besar adalah cinta kepada
pencipta kita, Allah s.w.t. dan adakalanya kita sering tertipu dengan
apa yang kita rasa. Jadi berhati-hatilah.
Kisah ini pernah terjadi kepada aku, ketika zaman sekolah menegah rendah sampai lh zaman tingkatan 6 dulu. Ada seorang awek yang aku minat secara diam-diam.
Tanpa pengetahuan dia, mata aku sering kali mengekori dia setiap kali melihat kelibat dia. Sehingga suatu saat dia menyedari bahawa ada insan yg menanti dia dengan penuh setia selama ini..dan orang nya adalah aku. Itu lh kenangan terindah dalam hidup ini,
tetapi masihkah ada orang yang 'mencintai dalam diam' pada zaman ini?
!!_Melepak Bersama, Menagis Bersama, Ketawa Bersama_!!