Friday, January 31, 2014

POTONG KUKU MENGIKUT CARA ISLAM


Sebelum ni tak pernah aku dengar yang ada cara untuk potong kuku. Sehingga seorang classmate aku tegur cara aku potong kuku. Sebelum ni aku mana kisah jari kuku mana yang patut potong dulu sbb sebelum ni yg mana rasa nak potong yang tu aku potong dulu..ada aku kesah..hahaha. Sebenarnya potong kuku ni ada cara dan hari apa boleh potong kuku dan hari apa tak boleh potong kuku. Jadi dengan ilmu yang saya dapat,tak salah rasa nya kalu saya nak share dengan korang.


Potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah dibuang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya Tong Sampah walaupun tong sampah tu bersih.

 
Hari-hari yang di syorkan untuk mengetip kuku adalah pada hari2 tersebut kerana:-

Hari ISNIN     : Nescaya  keluar daripadanya gila & masuk sihat.
Hari KHAMIS  : Nescaya keluar daripadanya gila & masuk kepadanya sembuh 
                     dari penyakit.
Hari JUMAAT  : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh
                     ibunya & masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dan hari-hari dilarang untuk mengetip kuku adalah pada hari:-

Hari AHAD     : Nescaya keluar daripadanya kekayaan & masuk kemiskinan.
Hari SELASA  : Nescaya keluar daripada sihat & masuk penyakit.
Hari RABU     : Nescaya keluar daripadanya was-was & masuk padanya kepapaan.
Hari SABTU   : Nescaya keluar dari tubuhnya ubat & masuknya penyakit. 


SEMOGA BERMANFAAT!!



!!_Melepak Bersama, Menagis Bersama, Ketawa Bersama_!!


Legasi_93 © 2013 | Diselenggara oleh zhaff Jr.
Template Designed by MaiGraphicDesign